Boleh dikatakan ramai yang sangat sukakan buah durian. Siapa yang tak sukakan dengan rasa durian yang manis dan berlemak. Kalau di Malaysia, bau durian tu memang nikmat.

Tapi kalau di negara luar, bau durian tu dianggap sangat busuk sehinggakan ada sebuah universiti dipindahkan gara-gara bau durian yang menusuk hidung.

BACA: Aksi Ghairah Dengan Durian, Peminat Raja Buah Marah

Memetik laporsn NST, Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT) University terpaksa dipindahkan kerana menyangka bau yang kurang menyenangkan itu berpunca dari gas bocor.

Pihak bomba dikejarkan ke universiti tersebut selepas mendapat laporan bau pelik di dalam perpustakaan.

Berikutan kejadian itu, seramai 600 pelajar dan staf dipindahkan ke Victoria Police sebagai langkah berjaga-jaga.

Selepas siasatan dilakukan didalam seluruh bangunan, bau yang disangka gas bocor itu sebenarnya bau buah durian yang sudah terbiar selama di dalam sebuah almari sehingga ia bertukar menjadi busuk.

Kalau ikutkan buah durian hanya mampu bertahan selama 6 hari jika disimpan di dalam suhu bilik. Siapa punya kerja la perap buah durian dalam almari.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pergh, Char Kuey Teow Dia Penuh Satu Kuali!