Pasti ramai masih ingat lagi mengenai perkongsian seorang ‘ustaz’ yang sanggup tidur di tepi jalan bersama isteri dan anaknya kerana mahu berjimat.

Susulan perkongsian tersebut, lelaki itu dikecam teruk kerana tidak memikirkan keadaan keluarganya dan tidak memikirkan keselamatan anak isteri.

BACA: Nak Jimat Kos Bercuti Di Eropah, Keluarga Ini Sanggup Tidur Tepi Jalan

Bagaimanapun, sejak Selasa lalu kecoh tentang pendedahan seorang pengguna Facebook mengenai ‘ustaz’ tersebut. Individu berkenaan mendakwa ‘ustaz’ tersebut pernah terlibat cubaan merogol.

ALLAH ALLAH ALLAH…Menitik air mata saya malam ni bila Allah makbulkan doa hambaNya yang hina ini… Allah…

Posted by Sha Ramson Abdullah on Selasa, 1 Oktober 2019

Dedah individu itu lagi, ustaz tersebut merayu agar tidak membuat laporan polis kerana bimbang ibu bapanya di kampung tahu akan perbuatannya itu serta bimbang ibu bapanya akan jatuh sakit.

Bagaimanapun, laporan polis telah dibuat oleh seorang lagi mangsa cabul ‘ustaz’ tersebut. Ujarnya lagi, sebelum ini sudah ada kes cabul terhadap wanita lain.

Ajak isteri orang keluar ketika suaminya berada di Mekah

Lebih mengejutkan, individu itu mendedahkan ustaz tersebut mengajak keluar seorang pelajar perempuanya berstatus isteri orang yang ketika itu suaminya sedang mengerjakan Umrah.

Susulan itu, suami mangsa bertindak melaporkan kepada polis berkenaan aktiviti sesat ‘ustaz’ berkenaan yang mengatakan, “SEORANG GURU TIDAK AKAN MELAKUKAN KESALAHAN/KESILAPAN.”

Pada tahun 2017, ‘ustaz’ tersebut mengatakan dia sudah bertaubat tapi dalam masa yang sama dia melanggar perjanjian. Individu itu mendakwa ustaz itu telah menggunakan anak-anak muridnya mengumpul dana atas kepentingan dirinya.

Ustaz itu mengatakan sumbangan itu akan digunakan untuk beli tanah untuk tubuhkan khanqah, namun duit itu digunakan untuk melangsaikan hutangnya sebanyak RM100,000.

Minta sumbangan sambung belajar, dengan bangganya travel ke Eropah

Ustaz itu juga pernah meminta sumbangan pada orang ramai dengan mengatakan mahu menyambung belajar agama dan ramai yang menghulurkan bantuan namun lain pula yang berlaku apabila ustaz itu dengan bangganya travel ke Eropah termasuklah 40 negara lain.

Menurut individu itu lagi, sebanyak 7 laporan polis telah dibuat ke atas ustaz berkenaan dan akan ada pertambahan lagi selepas ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉