Terdahulu, peraturan larangan merokok di premis makanan hanya melibatkan rokok sahaja dan tidak termasuk rokok elektronik (vape) dan shisha. Bagaimanapun, hari ini Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan vape dan shisha yang mengandungi nikotin akan dimasukkan dalam peraturan larangan merokok.

Menurutnya, larangan merokok di bawah Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 membabitkan rokok dan semua hasil tembakau yang mempunyai nikotin termasuk shisha dan vape.

BACA: Shisha, Vape Tidak Termasuk Dalam Peraturan Larangan Merokok

Ujarnya lagi, jika vape dan shisha mempunyai nikotin ianya akan tertakluk pada larangan tersebut, namun jika didapati tiada nikotin ia tidak termasuk dalam peraturan itu.

“Peraturan itu jelas jika mempunyai nikotin akan tertakluk (pada larangan itu) dengan kata lain apabila kita buat penguatkuasaan kita akan lihat sama ada vape atau shisha itu mempunyai kandungan nikotin atau tidak.

“Jika kita dapati tiada nikotin ia tidak termasuk dalam larangan itu nanti,” katanya

Dalam pada itu beliau berkata, kementerian masih lagi dalam peringkat perbincangan untuk menguatkuasakan peraturan membabitkan vape dan shisha dalam masa terdekat.

Bermula 1 Januari 2019, peraturan larangan merokok akan dikuatkuasakan di semua restoran bertutup, berhawa dingin, atau restoran dan warung berkonsep terbuka. Perokok ditahan di kawasan larangan akan didenda RM10,000 atau boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Punca Buah Oren Baik Untuk Badan
Manggis Buah Kegemaran Ratu Victoria England?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱