Gempar seketika di laman sosial apabila penyanyi antarabangsa yang juga vokalis kumpulan Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger dikatakan berada di Johor Bahru, Malaysia untuk majlis persandingan puteri Sultan Johor, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim dan Dennis Muhammad Abdullah.

BACA: Rahsia Resit KFC Yang Sekarang Baru Orang Perasan

Dalam video berdurasi selama 50 saat itu menunjukkan Nicole, kelihatan meluangkan masa di negeri itu dengan gembira dan sempat singgah ke restoran makanan segera, KFC untuk membungkus makanan.

Dia berkongsi video tersebut melalui instastory akaun instagram miliknya iaitu @nicolescherzy pada malam tersebut.

Sumber dari Ig Nicole Scherzinger

Malah, Nicole turut dikatakan menyanyikan lima buah lagu di majlis persandingan diraja itu, lapor Astro AWANI.

Berikutan kunjungannya itu, ramai yang teruja kerana tidak menyangka bahawa penyanyi antarabangsa itu berada di Malaysia dan hanya memakan burger KFC setelah majlis diraja itu selesai.

Bertuah sungguh kepada mereka yang sempat berjumpa Nicole Scherzinger terutama pekerja KFC dan anggota polis yang mengiring penyanyi itu hingga ke restoran makanan segera berkenaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pekena Pais Patin dan Patin Tempoyak Claypot Sampai Licin!