Ramai yang tidak tahu Akta Pendidikan hanya mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga darjah enam sahaja.

Susulan itu, kerajaan sedang mengkaji semula Akta Pendidikan untuk mewajibkan murid-murid melengkapkan persekolahan dari darjah satu sehingga tamat tingkatan lima.

BACA: SPRM: Ada Guru Minta ‘Habuan’ Kalau Nak Markah Tinggi

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ibu bapa yang gagal menghantar anak ke sekolah mungkin berdepan denda sebanyak RM5,000 ataupun penjara selama enam bulan.

Menurutnya lagi, setakat ini kita sudah mencapati lebih 98 peratus anak-anak bersekolah di sekolah rendah tetapi sasaran kita ialah 100 peratus.

Foto: The Star

Kementeriannya juga baru saja melancarkan Ziarah Cakna yang merupakan lanjutan dari program ‘Sifar Murid Cicir’ yang dijalankan sejak Julai 2018.

Program tersebut bertujuan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi sesuatu keluarga yang menyebabkan anak-anak mereka gagal menghadiri sesi persekolahan.

Tambahnya, kementerian juga akan mengenal pasti bantuan yang perlu disalurkan kepada ibu bapa ini sekiranya mereka berdepan dengan masalah kewangan untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.

Ujar Teo, ada segelintir ibubapa yang tidak bertangungjawab dan tidak memikirkan masa depan anak mereka sendiri.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥