Kedengaran agak pelik tetapi tidak ada yang mustahil sekarang ini. Kebiasaannya tiada siapa yang inginkan pergaduhan dalam rumah tangga namun berbeza dengan wanita ini sangat rindukan untuk bergaduh.

Lebih mengejutkan, wanita dari Emeriah Arab Bersatu (UAE) ini meminta cerai kerana bosan dengan sikap suaminya yang terlalu baik dan rajin.

BACA: Basuh Baju Tengah Malam, Makan Dalam Kereta Punca Kes Cerai

Memetik laporan Khaleej Times Report, wanita itu memberitahu mahkamah syariah di Fujairah, Emiriah Arab Bersatu (UAE), dia mahukan perceraian kerana kasih sayang dan belas kasihan suaminya sangat melampau.

“Saya rasa rimas dengan cinta dan kasih sayangnya yang melampau. Dia juga membantu saya membersihkan rumah tanpa disuruh,” katanya.

Ujarnya lagi, selama setahun berkahwin mereka tidak pernah bergaduh dan suaminya tidak pernah meninggikan suara kepadanya. Wanita itu berkata

“Saya sangat rindu nak bergaduh, tetapi ia mustahil kerana suami saya sangat romantis, selalu memaafkan saya dan membelikan pelbagai hadiah kepada saya setiap hari.

“Saya mahu ada perbincangan dalam rumahtangga, tak kisahlah kalau perlu bergaduh sekalipun. Saya tidak mahu kehidupan yang sangat mudah,” katanya lagi.

Bagaimanapun, suaminya memohon agar mahkamah membatalkan permintaan perceraian itu. Katanya, tidak adil untuk menilai perkahwinan dari tahun pertama, dan semua orang belajar dari kesilapan mereka.

Namun, difahamkan sehingga kini belum ada keputusan dari mahkamah dan kes itu masih berlangsung.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Western Yang Tak Kedekut Bahan 😉