Macam-macam ragam orang zaman sekarang sampaikan kita geleng kepala mendegar kes mereka ini.

Baru-baru ini, seorang lelaki Russia bertindak menfailkan saman terhadap Apple kerana mendakwa salah satu aplikasi iPhone mengubah dirinya menjadi gay.

BACA: Pak Cik Disindir Jadi Pembeli Pertama iPhone 11, Rupanya Seorang Doktor

Difahamkan, lelaki itu menuntut sebanyak S$15,000 (RM62,784) selepas dikatakan dia menerima mata wang krypto ‘GayCoin’ dan bukannya Bitcoin yang dipesan di aplikasi.

Menurut peguamnya Sapizhat Gusnieva, beliau menegaskan kes tersebut sangat serius dan anak guamnya dalam ketakutan serta menderita.

Memetik laporan telegraph UK, mata wang krypto GayCoin itu dihantar bersama satu nota ‘jangan menghukum sehingga anda cuba’.

Menurut lelaki tersebut, dia enggan mahu menghukum sesuatu tanpa mencuba dan mengambil keputusan menjalin hubungan dengan jantina sejenis sehingga mempunyai teman lelaki.

Katanya lagi, dia tidak tahu bagaimana untuk menjelaskan situasi dan keadannya kini kepada ibu bapanya.

Ujarnya lagi, Apple mendorong dirinya ke arah homosexual secara manupilasi dan perubahan tersebut menyebabkannya mengalami gangguan mental.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥