Wabak misteri coronavirus semakin mencetuskan kebimbangan dunia apabila dilaporkan dua kematian dicatatkan melibatkan luar negara China iaitu Filipina dan terbaru di Hong Kong.

Lebih panik apabila hari ini jumlah kematian meningkat kepada 427 orang. Malah, lebih membimbangkan apabila hari ini Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan pertambahan lagi dua kes wabak tersebut.

BACA: Bintang Di Bendera Diubah Jadi Coronavirus Cetuskan Kemarahan China

Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga China berusia 63 tahun dan seorang lelaki rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

Difahamkan, rakyat Malaysia berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Memetik laporan, lelaki berkenaan yang pulang ke Malaysia pada 23 Januari lalu, telah mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta di Selangor, enam hari berikutnya kerana demam dan batuk.

Lelaki itu kemudian telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh pada 2 Februari 2020 dan dimasukkan ke wad isolasi serta disahkan positif wabak tesebut pada 3 Februari 2020. Difahamkan, lelaki itu kini berada dalam keadaan stabil.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?