Rakyat negara ini bertuah kerana berpeluang untuk melihat kombinasi tiga fenomena bulan iaitu dipanggil sebagai Supermoon (bulan biru dan gerhana bulan) pada malam ini.

Supermoon ini hanya berlaku di beberapa negara iaitu di timur Eropah, timur Afrika, Asia termasuk Malaysia, Australia dan Amerika Utara sahaja.

BACA: Malaysia Bakal Dihujani Hujan Meteor

Menurut Penolong Penyelidik Observatori Negara Langkawi Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kamarzaman Ahmad, memberitahu hanya 50 peratus daripada penduduk bumi dapat melihat fenomena ini kerana lagi separuh penduduk bumi berada dalam waktu siang.

“Fenomena gerhana bulan yang akan berlaku esok (hari ini) bermula jam 7.48 malam hingga 11.11 malam. Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk timur kecuali Sabah dan Sarawak manakala gerhana bermula selepas bulan terbit,” jelasnya.

Menurutnya, fasa gerhana penuh berlaku pada jam 8.51 malam dan gerhana itu dijangka berakhir pada jam 10.07 malam.

Sumber dari liputan6.com

“Supermoon terjadi apabila bulan berada pada jarak kurang daripada 360,000km dari bumi, agak jarang menyaksikan dua kejadian bulan super pada bulan yang sama, begitu juga gerhana bulan penuh terjadi serentak dengan supermoon, ketika bulan penuh mengorbit lebih dekat dengan bumi berbanding biasa, justeru muncul lebih besar dan terang berbanding bulan biasa, malah lebih luar biasa fenomena gerhana bulan penuh berlaku ketika bulan biru,” tambahnya.

Walaupun ia diberi nama bulan biru, tetapi ia tiada kena mengena dengan warna dan hanya merujuk kepada jarak panjang kemunculannya.

Untuk pengetahuan anda, kali terakhir fenomena Supermoon ini berlaku adalah pada tahun 1982 di hemisfera timur dan 1866 di hemisfera barat, lapor pakar astronomi Space.com.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kota Bharu Diselubungi Kabus Tebal
Maafkan Kami, Beruang Kutub!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

100k Subs, Giveaway 2.0 dan Pyan Beli Ferrari?