Jika anda peminat asam atau jeruk dalam botol, mungkin selepas ini anda perlu lebih berhati-hati. Baru-baru ini, pihak KKM mengeluarkan amaran tentang beberapa produk asam yang disahkan bahaya untuk kesihatan.

Difahamkan produk ini telah diambil sampel dan analisa makmal mendapati mengandungi siklamat dan Kadmium yg boleh beri kesan kepada kesihatan.

BACA: Cara Buat Jeruk Mangga Asam Boi Rangup, ‘Confirm’ Ketagih!

Nama produk tersebut adalah:

1. ASAM CELAGI SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)

2. ASAM MANGGA SIRA BOTOL mengandungi siklamat (Kelantan)

3. NATURAL DRIED SEAWEED mengandungi Kadmium (Perak)

Untuk pengetahuan anda, Siklamat adalah pemanis tanpa zat yg 30-50 kali manis daripada gula biasa. Manakala Kadmium, cemaran logam yang boleh ada secara semulajadi atau pencemaran dalam proses penyediaan makanan.

Kedua produk ini tidak dibenar hadir dalam makanan dan ia menyalahi peraturan 133(3) dan 38 (1A) Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Siklamat boleh memberi risiko kanser. Ia biasanya dapat memberi kesan jangka panjang terutama penyakit kanser. Manakala Kadmium boleh sebabkan toksik pada manusia.

Lebih mengejutkan, hasil siasatan pihak KKM mendapati maklumat pengeluar produk ini adalah PALSU.

Orang awam yang mengesan produk ini dijual di pasaran dipohon tidak membeli dan perlu memaklumkan kepada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Daerah Kemaman di talian 09-8504243 bagi tujuan rampasan dan pelupusan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥