Hari ini kita dikejutkan dengan tragedi melibatkan 30 gerai di Bazar Melayu Masjid India, Kuala Lumpur yang musnah dalam kebakaran yang berlaki kira-kira 1.30 pagi tadi.

Difahamkan, 30 lot gerai di bazar berkenaan musnah 100 peratus dalam kebakaran itu. Bagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

BACA: Bazar Ramadhan Jalan TAR Akan Dipindahkan Ke Jalan Raja

Susulan tragedi tersebut, rata-rata warga kota turut terkesan dan bersedih dengan insiden tersebut. Kebakan itu bukan sahaja merugikan para peniaga malah buat mereka yang gemar ke kawasan berkenaan untuk menyiapkan kelengkapan raya.

Bermula tahun ini, bazar ikonik ibu kota di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dipindahkan ke Jalan Raja dan hanya tinggal bazar Jalan Masjid India yang menjadi nostalgia warga kota untuk membeli-belah.

Di laman Twitter, rata-rata netizen meluahkan rasa sedih dan terkejut di atas insiden tersebut. Malah ada mengatakan hajat mereka tidak kesampaian untuk berkunjung ke bazar Masjid India hujung minggu ini.

Tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan nasib peniaga yang mengalami kerugian akibat tragedi itu lebih-lebih lagi tinggal dua minggu sahaja lagi menjelang Aidilfitri.

Gerai-gerai di hadapan Wisma Yakin itu adalah antara yang menjadi tumpuan pengunjung menjelang Aidilfitri bagi membeli barang keperluan untuk sambutan Hari Raya. Untuk pengetahuan anda, bazar Masjid India itu mula dibuka sekitar tahun 2003.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pak Sheikh Pun Cari Nasi Arab Di Restoran Ini?