Kita sudah terbiasa dengan menu nasi putih sebagai diet pemakanan kita. Tapi pernahkah anda mencuba beras perang?

Tidak ramai antara kita yang kenal atau pernah makan beras perang, ini kerana rakyat Malaysia lebih gemar untuk makan beras biasa atau beras putih kerana ianya lebih murah, tahan lama dan mudah didapati di mana-mana kedai runcit atau pasaraya.

Tahukah anda beras perang mempunyai kandungan nutrisi yang  tinggi berbanding beras putih biasa? Ini 5 fakta penting yang perlu anda tahun mengenai beras perang.

1. Beras perang tidak popular di Asia kerana diangap beras kemiskinan

Satu masa dahulu di kebanyakan negara Asia seperti China, Jepun dan Asia Tenggara, beras perang dikaitkan dengan kemiskinan dan kekurangan, ia jarang dimakan kecuali untuk orang sakit dan juga mangsa peperangan.

Beras perang juga dikaitkan dengan zaman kemiskinan dan kekurangan makanan ketika zaman penjajahan dan peperangan yang melanda Tanah Melayu.

Catuan beras oleh pihak penjajah menyebabkan penduduk Tanah Melayu ketika itu hanya makan apabila perlu sahaja. Ketika itu hanya beras perang dan tumbuh-tumbuhan kampung (ubi kayu) sahaja sumber makanan yang ada. Oleh itu, beras perang adalah sinonim dengan zaman kesusahan dan darurat.

Kini beras yang dianggap sebagai beras golongan bawahan adalah lebih mahal daripada beras putih. Dengan teknologi terkini penyelidik dapat mengenal pasti khasiat yang terkandung dalam beras perang.

Namun beras perang tidak menjadi budaya pemakanan bagi masyarakat Asia Tenggara terutama Malaysia, Indonesia dan Singapura tetapi masyarakat Timur Tengah menjadikan beras perang dalam masakan nasi biryani, nasi arab dan pelbagai lagi.

Ianya akan disajikan dengan masakan rempah kambing atau daging lembu bersama juadah yang lain.

2. Bagaimana penghasilan beras perang?

Beras perang merupakan beras yang tidak dikisar atau dikisar separuh dan dianggap sebagai biji bijian semulajadi yang lengkap. Ia mempunyai rasa kekacang, bersifat kenyal dan melekit apabila dimasak tetapi ianya cepat menjadi tengik.

Penghasilan beras perang terjadi apabila lapisan paling luar kulit padi diproses, berbeza dengan proses penghasilan beras putih dimana lapisan sekam dan germ dikupas meninggalkan endosperm (butir beras putih) yang mempunyai kanji.

Kedua kedua jenis beras mempunyai jumlah kalori, karbohidrat dan protein yang hampir sama tetapi proses penghasilan beras yang berbeza.

Proses penghasilan beras perang tidak serumit proses penghasilan beras putih. Proses penghasilan beras perang dimulakan dengan butir padi dimasukkan ke dalam mesin pengilingan dan pengelupasan kulit luar atau sekam lalu dibiarkan tanpa mengalami proses pengilatan seperti yang dialami untuk menghasilkan beras putih.

Pengelupasan kulit luar padi akan menghasilkan butir beras yang berwarna coklat atau perang. Beras perang yang dihasilkan berbentuk lonjong, panjang atau pendek dan selaput bran yang mengandungi zat makanan dikekalkan lalu dipek atau dibungkus untuk dipasarkan.

Beras perang dikatakan sangat berkhasiat dan kaya dengan kandungan nutrisi zat yang tinggi kerana ianya hanya mengalami proses pengelupasan kulit sekam sahaja. Maka kandungan zat atau mineral yang terhilang adalah sedikit.

3. Perbandingan dengan beras putih

Perbandingan antara beras putih dan beras perang. Imej dari Healthyrice.com

Beras perang dan beras putih mempunyai kalori, karbohidrat, dan protein. Perbezaan utama di antara kedua beras ini adalah ketika beras diproses dan kandungan zat.

Apabila hanya lapis terluar benih beras (kulit padi) dialihkan, maka akan terhasi beras perang. Bagi menghasilkan beras putih pula, lapisan di bawah kulit padi (sekam dan germ) dialihkan dan akan  meninggalkan endosperm yang berkanji.

Kandungan nutrisi yang terdapat pada beras perang dan beras putih. Imej dari Healthyrice.com

4. Cara penyedian beras perang

Sebelum memasak beras perang, ianya perlu dicuci dengan air bersih lalu direndam selama 30 minit sebelum dimasak. Tujuan rendaman adalah untuk menjadikan nasi beras perang lebih lembut dan cepat masak.

Kemudian, beras tersebut akan dimasak dengan kuantiti air yang lebih banyak berbanding dengan air beras putih biasa. Apabila air telah mulai kering, ini memberikan petunjuk bawa nasi telah separuh masak lalu ditoskan airnya.

Bagi membuatkan nasi beras perang ini lebih masak, ianya perlu dikukus bagi membuatkan nasi tersebut lebih lembut. Setelah dikukus, jangan biarkan nasi ditutup dengan penutup terlalu lama kerana wap yang terdapat dipentutup periuk akan membuatkan nasi itu menjadi lebih lembik.

Semasa memasak, gunakan api sederhana supa nasi masak lebih sekata dan melambatkan kehilangan air atau air cepat kering tetapi nasi belum masak sepenuhnya.

Kacau nasi yang telah dikukus dengan perlahan supaya tekstur nasi lembut dan masak. Hidangkan ketika panas dengan juadah yang bersesuaian.

Juadah nasi dagang yang popular di masyarakat negeri Terengganu juga menggunakan beras perang sebagai beras utama juadah ini. Ianya mempunyai rasa yang sangat sedap dan enak dinikmati bersama gulai ikan tongkol.

5. Beras perang baik untuk kesihatan

Mengurangkan risiko kanser kolon. 

Beras perang mengandungi kandungan zat mineral yang berguna untuk mengurangkan risiko kanser kolon. Kandungan selenium dan fenol yang terkandung di dalam setiap butir beras perang menjadikan sistem penghadam tubuh manusia lebih baik.

Kandungan serat ini membantu kolon menjalankan proses pencernaan lebih efektif dan berkesan. Najis dari proses penyahtinjaan juga lebih lembut dan mengatasi masalah sembelit.

Mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol. 

Selain itu, kajian dari para penyelidik mengenai khasiat beras perang mendapati pengambilan beras perang dalam diet mampu mencegah penyakit jantung dan mengurangkan kolestrol dalam badan.

Lapisan tisu disekeliling beras mengurangkan tindakan protein Angiotensin II yang bertindak meningkatkan tekanan darah. Kandungan serat dalam beras perang juga akan melarutkan sel sel lemak yang akan menempel di dinding perut, jantung dan hati.

Menstabilkan gula dalam darah.

Bagi pesakit dietbetis (kencing manis) yang memakan beras peras, kadar penghadaman karbohidrat menjadi lebih perlahan mengakibatkan pentstabilan kandungan gula dalam darah. Pengeluaran gula dalam darah dikawal oleh kandungan glicemic index yang rendah di dalam beras perang.

Walaupun beras perang kaya dengan pelbagai nutrisi berguna kepada kesihatan jantung, mengatasi masalah obesiti dan kadar kandungan gula di dalam darah namun masih ramai masyarakat yang tidak peka mengenai khasiat dan manfaat kesihatan yang terkandung di dalam beras perang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma?

Sumber: Wikipedia, myagri.com