Sekumpulan saintis di China telah berjaya menghasilkan padi yang mampu hidup dengan penggunaan air masin. Bagaimanapun, sudah tentu orang ramai tertanya-tanya apa perbezaan beras hybrid ini dengan beras biasa yang ada di pasaran?

BACA: Burger Special Malaysia Terkenal Di New York

Berikut 5 perkara yang anda perlu tahu tentang beras hybrid ini:

1. Guna air masin dari Laut Kuning

Sebanyak 200 jenis padi ditanam pada musim panas lalu di sebuah pusat penyelidikan di Qingdao, Daerah Shandong dengan menyalurkan air masin dari Laut Kuning.

2. Mampu hasilkan beras lebih daripada biasa

Penghasilan padi mampu cecah 9.3 ton per hektar berbanding jangkaan awal 4.3 ton per hektar.

3. Menyelesaikan masalah malnutrisi

Mampu Ketua penyelidikan, Yuan Longping – dikenali sebagai Bapa Beras Hybrid – mendedahkan beras baru itu mampu memberi makan kepada lebih 200 juta penduduk.

4. Kaya dengan nutrien

Kaya dengan kalsium dan mikronutrien susulan dihasilkan dengan air masin.

5. Bebas bakteria

Kehadiran garam dalam saliran menangkis kehadiran bakteria dan serangga perosak.

Beras hybrid itu telah pun dipasarkan ke pasaran tempatan dengan nama Yuan Mi sebagai penghargaaan kepada Longping.

Meskipun dijual dengan harga yang agak mahal (RM32 sekilogram) ketika ini namun harga itu dijangka turun sebaik beras itu dihasilkan secara besar-besaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Takoyaki Bapak Panas!