Bila kali terakhir anda pernah makan buffet – yang memuaskan hati dan kemudian bila balik rumah sambung beritahu pula pada kawan-kawan dan saudara-mara? Kali ini, kami nak ceritakan jugak pengalaman mencuba buffet yang disediakan di Sunway Resort Hotel & Spa.

Pada awalnya, macam biasalah, kita punya harapan dan expectation terhadap setiap hidangan yang dihidangkan pada mana-mana buffet pun memang tinggi.

Sebaik sampai di lobby Sunway Resort Hotel & Spa, kami disapa mesra oleh penyambut tetamu mereka. Sebab first time sampai, penyambut tetamu pun tunjukkan kepada kami di mana The Resort Cafe (TRC) (dekat saja dengan lobby rupanya).

Bila dah sampai di pintu masuk cafe tersebut, sudah boleh bau dah aroma pelbagai hidangan yang ada. Siapa gila makan kambing mesti tak sabar makan sini sebab serius kambing dia juicy betul!

Bila cuba beberapa hidangan yang ada di The Resort Cafe, barulah kami faham kenapa buffet di hotel ini sentiasa penuh. Nak senang cerita, kami kongsikan 5 perkara yang membuatkan kami sangat-sangat puas hati dengan apa yang dihidangkan di sini.

10 Stesen Makanan Pelbagai Pilihan

Masa mula-mula masuk, mata dah tak boleh duduk diam sebab banyak betul stall pelbagai hidangan di sini. Sekejap pergi ke stall goreng-goreng, sekejap lagi beratur pulak di stall kambing golek. Ada menara buah-buahan jugak di sini, puas hati betul jamu mata dan perut di The Resort Cafe ini.

Kami senaraikan 10 stall atau pun stesen yang anda boleh pusing-pusing sendiri nanti:

1. Assam Pedas Gearbox Station

Disediakan khas khas oleh chef yang berpengalaman, asam pedas di sini dimasak dengan api perlahan selama 8 jam. Jadi, memang terasa segala bahan yang digunakan. Malah bahagian tulang yang disediakan juga memang boleh buat anda tersandar kepuasan.

2. Churrasco

Bagi penggemar daging, Churassco pastinya akan menjadi pilihan untuk anda berulang alik ke stall ini. Stall ini menghidangkan daging lembu, ayam dan juga kambing. Jika mahu daging dibakar biasa pun boleh atau anda nak jadikan ia dalam bentuk kebab pun boleh.

3. Seafood Bakar Station

Peminat makanan laut juga tidak dilupakan. Stesen Seafood Bakar menyediakan sotong bakar, ikan bakar (pari dan kembung), udang dan macam-macam lagi makanan laut. Bagi saja pada chef, nanti chef bakarkan. Ha, di stesen ini ada pelbagai pulihan sambal yang anda boleh cuba.

4. Golek Station

Seringkali menjadi tumpuan setiap kali buffet diadakan, ‘bintang’ utama buffet Jemput Makan ini pastinya Kambing Golek. Tapi serius kami cakap, kambing golek dan pilihan sos yang ada di The Resort Cafe ini adalah antara yang terbaik pernah kami cuba. Kambingnya dipanggang sempurna (selama 4 jam dengan 25 rempah ratus) menghasilkan daging yang juicy. Tengok chef potong dagingnya pun dah terliur.

5. Kawah station

Rindukan hidangan kampung dan masakan kawah? Jangan risau sebab The Resort Cafe cukup tahu dengan selera anda. Jadi Kawah Station ini ada macam-macam gulai kawah antaranya Gulai Ayam Kampung, Gulai Ikan Tenggiri, Gulai Nangka Muda
Gulai Ayam Lengkuas dan macam-madam lagi – khas untuk anda. Hati-hati masa ambil gulai di kawah ya.

6. Warisan Station

Warisan Station ini confirm ada peminat sendiri. Ia menyediakan lemang, bubur lambuk, rendang Tok dan serunding. Bab rasa memang terbaik, rasa macam masakan ibu masakkan masa balik kampung.

7. Noodle Station

Stesen ini memang special sikit sebab ia disediakan khas satu persatu buat anda. Macam-macam jenis mee ada contohnya macam Nyonya Laksa Lemak, Assam Laksa, Mee Udang dan juga Sup Mee Wantan. Pilih sendiri mee apa yang anda suka, nanti chef akan celur dengan air panas sebelum kuah diletakkan bersama dengan pelbagai lagi topping yang fresh.

8. Nasi Station

Ini pun antara salah satu stesen yang ramai suka. Ada 9 pilihan nasi antaranya ialah Briyani Puyuh, Nasi Bukhari, Nasi Hujan Panas, Nasi Minyak dan pelbagai lagi pilihan. Tak lupa juga bagi yang minat nasi dari Timur Tengah, stesen ini pun ada sediakan Nasi Mandi, Maqluba dan Kabsa.

9. Satay Station

Mana mungkin satay tak dicuba jika datang makan buffet di sini. Anda boleh bayangkan tak, kuah kacang yang pekat tu perlahan-lahan kita curahkan atas satay daging lembu dan satay ayam yang masih panas lagi. Jangan dilupa hirisan bawang, timun dan padanan terbaik satay iaitu ketupat.

10. Goreng-goreng Station

Di stesen Goreng-Goreng ini, memang sesuai sangat buat makan santai-santai. Anda boleh tengok sendiri chef menyediakan pelbagai juadah di sini, contohnya seperti Pisang Goreng, Cempedak Goreng, Keropok Lekor, Karipap, Ubi Keladi, Ubi Keledek dan macam-macam lagi. Makan sambil bersembang, silap-silap tak sedar makanan dah habis.

Hidangan Disediakan Chef Berpengalaman

Bila sudah puas pusing-pusing dan ambil makanan, tibalah waktu makan. Aduhai, pilihan kami ialah kambing golek dengan kuah percik. Jangan main-main dia punya rasa tu memang boleh buat kita sanggup beratur baliklah ke stesen golek.

Paling best sebenarnya sebab dapat tanya dengan chef sendiri berkaitan hidangan yang kita nak makan. Nanti chef boleh terangkan kepada kita tentang pilihan apa yang terbaik untuk kita cuba. Serius, ini point tambahan yang buat servis di sini terbaik.

Terhad 30 Hari

Bagi siapa yang pernah merasai sendiri juadah di sini, pastinya peluang terhad Buffet #JemputMakanAtTRC yang hanya diadakan selama 30 hari ini tidak akan dilepaskan. Rasa asli masakan Melayu yang dihidangkan oleh The Resort Cafe adalah daya penarik utama orang ramai datang ke sini.

Terkenang Zaman Muda-Muda

Rendang, lemang, bubur lambuk di sini memang betul-betul klasik rasanya dan bahagian paling menarik sekali adalah bila makan pemanis mulut (dessert) sebab kuih muih tradisonal dan pelbagai lagi hidangan yang ada betul-betul mengimbau memori. Terkenang pulak zaman kanak-kanak dulu.

400 Hidangan Sepanjang 30 Hari

Pergi makan buffet ini sebenarnya lagi seronok kalau pergi ramai-ramai sebab nanti masing-masing ambil lauk berbeza. Kita recommend lauk ini, yang lain pulak recommend hidangan yang mereka cuba.

Tapi jangan risau sebab belum terlambat lagi jika anda nak cuba hidangan buffet #JemputMakanAtTRC ini – bermula 6 Mei sehingga 4 Jun 2019. Kalau nak tahu tawaran menarik yang ada di sini, follow terus Facebook mereka iaitu Sunway Resort Hotel & Spa

Ha, jika anda tak puas hati lagi dengan apa yang kami ceritakan ini, kami kongsikan video pendek di bawah ini. Dugaan sungguh tengok bab kambing golek tu!