Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menarik balik enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin dari pasaran selepas disahkan mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp.

Enam produk ikan sardin tersebut ialah daripada jenama Cinta, Sea Fresh, HS Brand, King Cup, Bintang dan TC Boy.

BACA: Ada Cacing Mati, Jenama Sardin Terkenal Ditarik Balik

Selain itu, KKM juga mengenakan tindakan Tahan, Uji dan Lepas terhadap pengimportan produk ikan dalam tin di semua pintu masuk negara.

Sementara itu, bagi produk ikan dalam tin keluaran tempatan pula, verifikasi di semua kilang pengeluaran akan dijalankan oleh KKM.

Pihak KKM turut menjelaskan risiko kepada kesihatan bagi produk ikan dalam tin amat rendah kerana cacing tersebut telah mati disebabkan proses memasak atau pengetinan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedapnya Ayam Telur Masin! Senang Je Nak Masak