Kita seringkali makan di restoran-restoran popular ini namun pernahkah anda terfikir bahawa ia sebenarnya berasal dari Malaysia?

Bahkan mereka juga berjaya membuka cawangan di luar negara walaupun mempunyai banyak cawangan dalam negara.

Jom lihat ada tak restoran kegemaran anda tersenarai dalam sembilan restoran popular berasal dari Malaysia.

BACA: 9 Jenis Makanan Paling Berbahaya Di Dunia

1. Sushi King

Sumber dari food.malaysiamostwanted.com

Tempat wajib dikunjungi bila teringin makan sashimi pastinya Sushi King! Untuk pengetahuan anda, Sushi King telah bertapak dalam negara kita sejak tahun 1995.

Bukan itu sahaja, restoran menjual pelbagai jenis sushi ini juga telah berjaya membuka sebanyak 100 cawangan di seluruh negara dan bakal membuka cawangan di luar negara pada masa akan datang.

2. Sushi Mentai

Sumber dari bangsarbabe.com

Selain Sushi King, Sushi Mentai juga sebenarnya sebuah restoran sushi tempatan dan beroperasi sejak enam tahun lalu.

Harga yang berpatutan dengan kualiti sushi membuatkan mereka mempunyai 37 cawangan di Malaysia dan satu cawangan di Singapura.

Sebelum ini, mereka sudah lama dalam mengedar dan membekalkan makanan Jepun selama 30 tahun sebelum membuka restoran sendiri.

3. Secret Recipe

Sumber dari hype.my

Kedai kek ini tidak asing lagi untuk peminat kek. Malah, ia juga menjadi pilihan orang ramai untuk membeli kek hari jadi untuk orang tersayang.

Pemilik Secret Recipe, Datuk Steven Sim bersama anak saudara lelakinya membuka cawangan Secret Recipe yang pertama pada tahun 1997 di SS2, Petaling Jaya.

Kini, mereka telah membuka 440 cawangan di seluruh Asia. Wow banyak tu!

4. Big Apple Donuts And Coffee

Sumber dari flickr.com

Anda pasti menyangka Big Apple berasal dari luar negara berdasarkan namanya. Sebenarnya, Big Apple merupakan jenama tempatan yang berjaya mendapat sambutan hangat daripada orang ramai.

Cawangan pertama dibuka di The Curve, Mutiara Damansara pada May 2007 lepas dan kurang daripada setahun, mereka telah menambah cawangan sebanyak 23 cawangan di seluruh negara.

Berikutan itu, mereka juga telah membuka cawangan di Kemboja dan sedang membuat kajian untuk menambah cawangan di Thailand, China dan Pakistan.

5. PappaRich

Sumber dari thesmartlocal.com

Anda pasti sering melihat restoran ini jika sedang berjalan di dalam pusat membeli belah dan ia seakan berada di mana-mana kerana mempunyai banyak cawangan di seluruh negara.

PappaRich berazam untuk membuka cawangan ke 100 mereka dalam tahun ini dan mereka juga telah membuka cawangan di luar negara seperti Australia, Singapura, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.

Jika anda rindukan masakan Malaysia ketika berada di luar negara, jangan lupa singgah makan di sini kerana ia dapat mengubati rindu anda terhadap makanan Malaysia.

6. Juice Works

Sumber dari gurneyplaza.com.my

Sebenarnya, pemilik Juice Works adalah seorang ahli farmasi yang tekad untuk membuka kedai menjual air jus buah-buahan segar setelah mendapati agak sukar untuk mencari minuman seperti itu di negara ini.

Mooi Li berpindah balik ke Malaysia dari Australia dan kemudian membuka Juice Works sehingga mempunyai 29 cawangan di seluruh Malaysia.

Walaupun mengalami masalah kewangan, ramai rakyat Malaysia berkongsi minat yang sama dengan Mooi Li iaitu gemar meminum minuman jus buah-buahan segar.

7. San Francisco Coffee

Sumber dari facebook.com

Kopi memang enak jika diminum pada waktu pagi terutama sebelum memulakan hari anda. Seorang rakyat Amerika Syarikat yang berasal dari San Francisco membuka San Francisco Coffee di negara ini pada tahun 1997.

Selain kopi, mereka juga turut menyediakan pelbagai minuman lain yang menarik dan setakat ini San Francisco Coffee mempunyai 33 cawangan di sekitar Lembah Klang.

8. The Manhattan Fish Market

Sumber dari dpulze.com

Siapa yang tidak terkejut apabila mendapati dua orang rakyat Malaysia mampu membuka restoran berkonsepkan American and Mediterranean-style seafood hingga popular di Asia dan Negara Timur Tengah.

Pemilik The Manhattan Fish Market, Dr Jeffery Goh dan George Ang menyatakan mereka mendapat inspirasi daripada Pasar Ikan Fulton yang berusia 180 tahun di bawah jambatan Brooklyn.

Kini, mereka mempunyai 72 cawangan di Asia dan Negara Timur Tengah seperti Qatar, United Arab Emirates (UAE) dan Maldives.

9. Marrybrown

Sumber dari sunwaylagoon.com

Penggemar Marrybrown pasti tidak menyangka restoran makanan segera ini sebenarnya dimiliki oleh dua orang warga tempatan iaitu Lawrence Liew dan Nancy Chan yang memulakan perniagaan seawal pada tahun 1981.

Malah, ia juga menjadi restoran makanan segera tempatan yang pertama mempunyai banyak cawangan di negara ini.

Setakat ini mereka telah membuka 130 cawangan tempatan dan turut mempunyai cawangan di 18 negara lain.

Banyak juga restoran kegemaran kami tersenarai dan kita harus berasa bangga kerana kejayaan mereka dalam perniagaan membuatkan nama Malaysia semakin dikenali.

ARTIKEL BERKAITAN:
10 Tempat Makan ‘Rare’ Di Selangor
Awas! Jangan Buat 5 Perkara Ini Lepas Makan

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Benda Yang ‘Merecik’ Sangat Ni?