Sebut je Alibaba pasti semua mengenali pengasasnya iaitu jutawan terkenal China, Jack Ma. Siapa sangka, sebelum mencipta kejayaan dia sukar untuk mendapatkan pekerjaan dan pernah ditolak untuk bekerja di KFC.

Jack Ma berjuang selama lebih sedekad untuk mengembangkan empayarnya dan menurut Forbes 2017, nilai kekayaannya kini lebih USD36 bilion. Sering bercerita tentang kisah pengalaman hidupnya, kejayaannya kini menjadi inspirasi ramai.

BACA: Ini Jumlah Kekayaan Jeff Bezos, Kalah Bill Gates

Salah satu perkongsiannya yang menarik perhatian ialah jika anda masih miskin pada usia 35 tahun, anda hanya boleh menyalahkan diri sendiri.

“Sebelum mengasaskan Alibaba, saya menjemput 24 kawan ke rumah saya untuk membincangkan peluang perniagaan. Selepas membincangkan selama dua jam, mereka masih keliru. Keputusan daripada perbincangan tersebut, 23 daripada mereka memberitahu saya untuk tidak meneruskan idea tersebut dengan alasan ‘anda tidak tahu apa-apa tentang internet,’ dan ‘anda tidak mempunyai modal permulaan.

“Hanya seorang kawan saya, yang bekerja di sebuah bank memberitahu, ‘Jika anda mahu melakukannya, cubalah. Sekiranya tidak berjaya seperti yang diharapkan, anda boleh kembali dengan apa yang telah anda lakukan sebelum ini’. Satu malam saya memikirkan tentang perkara itu, dan keesokan harinya, saya memutuskan bahawa saya akan melakukannya walaupun 24 orang menentang idea itu.”

Menurut Jack Ma, di awal penubuhan Alibaba, beliau ditentang keras oleh keluarga dan rakan-rakan. Namun beliau sedar sebenarnya kekuatan terbesar yang mendorongnya ialah tidak kira apa yang anda lakukan, tidak kira gagal atau berjaya, pengalaman adalah salah satu bentuk kejayaan.

Jack Ma: Orang yang gagal dalam hidup mereka disebabkan empat perkara ini

1. Tidak melihat kesempatan
2. Memandang rendah dengan kesempatan yang ada
3. Kurang pemahaman
4. Lambat bertindak

“Anda miskin kerana anda tidak mempunyai cita-cita”

Cita-cita  adalah sebuah perkara yang besar dalam hidup,, matlamat yang luar biasa dalam kehidupan yang mesti direalisasikan. Tidak ada apa pun di dunia ini yang tidak boleh dilakukan. Kesungguhan untuk mencapai cita-cita menentukan potensi masa depan seseorang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥