Kita sedia maklum bahawa sebelum ini CEO Microsoft, Bill Gates adalah seorang lelaki terkaya dunia bertahun lamanya.

Baru-baru ini Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Amazon, Jeff Bezos mengejutkan dunia apabila kekayaannya mengalahkan Bill Gates seterusnya menjadi manusia terkaya dunia terkini.

BACA: Muntah Paus Buat Lelaki Ini Jutawan

Sumber dari lesnumeriques.com

Difahamkan, harga saham Amazon naik mendadak sebanyak 60 peratus tahun lalu menjadikan kekayaan Bezos turut menaik kepada lebih AS$110 bilion (RM430.38 bilion).

Rahsia kejayaannya ialah dengan membuat pertaruhan berani, mengikut perubahan dan bangkit daripada kejatuhan.

“Kamu perlu kuat dan mudah menyesuaikan diri untuk berdepan cabaran. Kamu perlu pantas dan inovatif serta melakukan perkara baru dengan lebih pantas, ia perlindungan terbaik terhadap masa depan,” katanya.

Minggu ini, Bezos berjaya mengatasi kekayaan Bill Gates dengan menduduki tempat pertama dalam senarai bilionnaire tahunan majalah Forbes.

Bill Gates menduduki tempat kedua dengan kekayaan sebanyak AS$90 bilion (RM352.13 bilion).

ARTIKEL BERKAITAN:
Belajar Sampai Darjah 6, Kini Jadi Jutawan Lembu
Kajian: Tidur Awal Hidup Lebih Bahagia, Cepat Kaya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selamba Kedai Nasi Kukus Ayam Cincang Ni Bukak 24 Jam