Di zaman serba canggih dan teknologi di hujung jari sememangnya anda akan cepat terkenal dalam perniagaan jika memiliki rupa paras menawan kerana pasti ada netizen yang akan mengambil gambar anda yang sedang sibuk berniaga.

Baru-baru ini, seorang penjual ikan di Changhua, Taiwan tular di laman sosial Facebook kerana kecantikannya. Bukan mudah untuk jumpa penjual ikan yang memiliki rupa paras menawan. Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Facebook, dia tidak menyangka pada awalnya dia ingin mencari ikan, tetapi terjumpa ‘ikan duyung’ yang cantik.

BACA: Gadis Ini Popular Kerana Jerawat?

Memetik laporan Shanghaiist, pengguna Facebook itu memuat naik gambar gadis tersebut beserta kepsyen nakal memberitahu selepas ini dia akan selalu membantu ibunya untuk membeli ikan di pasar tersebut.

Menerusi hasil carian netizen, gadis tersebut bernama Liu Pengpeng berusia 26 tahun dan merupakan seorang model. Namun setiap hari gadis tersebut akan membantu ibunya di pasar berkenaan untuk menjual ikan.

Selepas mengetahui gambarnya viral di media sosial, Liu memuat naik status di Facebook dengan ucapan terima kasih kepada individu tersebut kerana dalam masa sama gerai ibunya menjadi perhatian ramai dan menerima banyak pelanggan.

Jika anda berkesempatan ke Taiwan, jangan lupa untuk singgah pasar Changhua dan jika anda bertuah mungkin anda berpeluang untuk melihat penjual ikan paling cantik itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?