Kalau anda teringin nak makan Tat Keju atau Cheese Tart, lepas ni dah boleh buat sendiri di rumah. Nampak je remeh nak buat, tapi rupanya senang je.

Anda boleh cuba resepi mudah yang dikongsikan oleh Azlina Ina. Resepi ini viral dan mendapatkan dikongsi 40 ribu kali kerana anda tidak memerlukan oven atau pembakar untuk membuatnya. Hanya guna kuali je dah boleh buat Cheese Tart.

BACA: Resepi Jagung Cheese Leleh Viral Lemak Berkrim!

Resepi ini disediakan khas untuk mereka yang kurang berkemampuan untuk membeli pembakar.

Bahan-bahan Pastri:

1/2 cawan mentega atau majerin
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 biji telur

Cara-cara:

1. Gaulkan mentega, tepung gandum dan garam sehingga sebati.


2. Masukkan telur dan adunkan sebati


3. Kemudian, tekankan atas permukaan kuali. Gunakan senduk bulat. Tekan bahagian tepi menggunakan jari


4. Ratakan bahagian tepi menggunakan garpu

 

Bahan-bahan Cheese:

Bahan A
125g cream cheese
1/2 cawan susu segar atau whipping cream
3 biji kuning telur
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B
1 sudu besar tepung jagung
1/4 cawan susu segar

Cara-cara:

1. Kisar bahan A


2. Bancuhkan bahan B
3. Kemudian, masukkan bahan B ke dalam bahan A dan kacau rata
4. Tuangkan bancuhan tadi ke atas kulit pastri.


5. Tutup rapat permukaan tat, kecilkan api supaya kulit tidak hangus. Masak sehingga 30-35 minit


6. Apabila filling mengeas dan kulit sedikit garing, menandakan tat sudah masak.
7. Boleh terus dimakan atau sejukkan terlebih dahulu.

Senangnya nak buat cheese tart. Siapa cakap nak buat tat keju nak kena ada oven atau pembakar. Guna kuali pun boleh.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ayam Goreng Cicah Cheese Lagi Sedap Dari Ayam Pasar Malam?