Kerajaan akan lebih tegas dalam melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) khusus kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berikutan sebelum ini ada golongan B40 yang tidak jujur dan menikmati subsidi dilaksanakan.

Menurut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, berdasarkan satu kajian mengenai subsidi minyak yang akan disalurkan kepada B40, ada antara golongan tersebut mempunyai enam buah kenderaan.

BACA: “Kalau Rakyat Percaya GST Lebih Baik, Kita Akan Kaji”

Ujarnya lagi, subsidi bersasar perlu dilaksanakan bagi memastikan golongan B40 sahaja yang akan mendapat peruntukan, sekaligus mengelakkan subsidi diberikan kepada golongan berkemampuan dan kaya.

“Kita dapati setelah dikaji, ada orang di bawah B40 memiliki hingga 6 kereta dan mereka menikmati subsidi yang kita beri daripada minyak.

“Sebab itu sekarang kita beri satu kereta sahaja kalau mereka daripada B40. Kita tak boleh bagi subsidi kepada orang kaya.

“Ini bantuan tepat. Kita lihat subsidi lama, (mereka) yang guna Rolls-Royce dapat subsidi, takkan kita nak sokong,” katanya.

Dijangkakan, sebanyak 2.9 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi tersebut dan anggaran tanggungan bagi perlaksanaan tersebut adalah RM65.4 juta sebulan.

Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kadar subsidi petrol adalah RM30 bagi kereta dan motosikal RM12 setiap sebulan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?