Semua jenis haiwan yang berada di safari atau zoo dijaga dengan elok oleh pekerja mereka, tetapi ada segelintir pengunjung membuat hal dengan memberi makanan atau minuman dilarang kepada haiwan di sana.

Satu video tular apabila dua orang pengunjung dikatakan memberi seekor rusa minum arak di Taman Safari Indonesia, Cisarua, Bogor, Indonesia.

BACA: Monyet Curi-Curi Minum Petrol

Pada mulanya, pasangan lelaki dan perempuan dikatakan turun dari kenderaan mereka dalam safari berkenaan untuk memberi rusa itu makan sayur.

Kemudian, salah seorang daripada mereka mengeluarkan sebotol minuman berwarna ungu yang didakwa arak dan memberi minuman itu kepada haiwan tadi.

Kelihatan rusa itu melarikan diri selepas meminum air seakan arak dan kedengaran pasangan pengunjung tersebut bergelak ketawa.

Jurucakap polis Bogor, Ita Puspitalena berkata pihaknya sedang memantau perkembangan video itu sejak ia tular di laman sosial.

“Ketika ini kami masih menjalankan siasatan dan menunggu laporan daripada pihak safari sebelum mengambil sebarang tindakan,” jelasnya kepada TribunnewsBogor.

Rakaman video itu dimuatnaik oleh @alyccaaa dan @philipbiondi di akaun laman sosial Instagram mereka.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kucing Duduk Dalam Bakul Sayur Cetus Kemarahan
Kisah Labun Yang Kini Ada Kad Matrik Sendiri

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Asam Pedas Salmon Tepi Sungai Melaka?