Agak-agak berapa yang anda sanggup belanjakan untuk sehelai tudung? Tapi sebenarnya hanya peminat tudung sahaja yang tahu mengapa ada yang sanggup membelanjakan sehingga beratus ringgit untuk sehelai tudung.

Baru-baru ini, seorang ahli perniagaan wanita telah menempah tudung termahal du dunia dari Bawal Exclusive sebagai penyeri gaya Aidilfitri pada harga RM50,000.

BACA: Komuniti Wanita NZ Pakai Tudung Jumaat Ini Tanda Solidariti

Pasti ramai tertanya-tanya apa yang membuatkan tudung tersebut boleh mencecah harga RM50,000 sehelai. Apa istimewanya tudung tersebut?

Tudung bawal berwarna hitam bertatahkan kristal mewah Swarovski dibeli pelanggan dari butik ByQiss by Bawal Exclusive di Kuantan, Pahang yang tertarik dengan nilai eksklusif syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive (BE).

Tudung ini menggunakan lebih 10 warna kristal mewah yang dibuat sepenuhnya sekumpulan pereka Swarovski dari Austria direka berteraskan rekaan dan personaliti pelanggan.

Ilham fantasi wujudnya kuntuman bunga mekar di padang pasir Sahara, menterjemahkan kegigihan pemiliknya yang berusia 35 tahun. Pemiliknya merupakan seorang ahli perniagaan perusahaan berasaskan minyak dan gas.

Kebiasaan tudung diperbuat daripada fabrik voile dari Jepun direka mengikut rekaan dan personaliti pelanggan bermula tempahan hingga sentuhan akhir hijab. Urusan dikendalikan menerusi panggilan video dengan pereka negara terbabit.

Untuk pengetahuan anda, harga RM50,000 itu termasuk kos pereka profesional dan logistik dari Austria. Nilai tersebut berpadanan kerana tudung BE boleh diwarisi dari generasi ke generasi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥