Nampaknya Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan memang rajin turun ke dapur apabila beliau mempunyai masa yang lapang bahkan beliau turut kongsikan gambar masakan dan resepi di akaun Twitternya.

BACA: Mufti: Haram Kaut Beras Tumpah Dari Lori Nahas

Ahad yang lalu beliau telah tweet beberapa keping gambar yang menunjukkan beliau sedang memasak ayam goreng terung pipit yang dikatakan resepi kegemarannya.

Tweetnya itu meraih pelbagai reaksi orang ramai kerana berhampiran dapur beliau memasak terdapat penyempur serangga yang berbahaya jika berada dekat dengan suhu panas dan api.

Selain itu bahan kimia yang ada dalam racun tersebut turut berbahaya jika tercemar kepada makanan yang hendak disajikan.

Jika anda masih ingat bebera tahun yang lepas Ahmad Maslan pernah kongsikan gambar yang beliau memasak nasi goreng dan perkara yang sama dikatakan oleh orang ramai iaitu tin penyembur serangga yang berdekatan dengan makaanan.

Mungkin pada masa hadapan Ahmad Maslan boleh ambil berat barangan yang sepatut ada dan tidak sepatut ada di kawasan dapurnya.

Walau bagaimana pun mungkin anda boleh cuba resepi ayam goreng terung pipit ini kerana hanya menggunakan ayam, bawang besar, bawang putih, halia, lada, garam dan minyak masak. Daripada gambar pun nampak masakan Ahmad Maslan ini kelihatan sedap dan menyelerakan.

VIDEO: Nyaris Kena Halau Di Tsukiji Market?