Pasti ramai tahu sebelum ini Tun Mahathir berkata kerajaan bersedia untuk menjadi semula perlaksaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sama ada ianya lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Nampaknya perkara itu mendapat perhatian Bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan yang bersedia menjadi konsultan percuma jika GST dilaksanakan semula.

BACA: “Kalau Rakyat Percaya GST Lebih Baik, Kita Akan Kaji”

Katanya lagi, beliau sangat paling gembira jika GST dilaksanakan semula malah turut menyifatkan sistem SST adalah cukai kuno dan tidak telus.

“Saya adalah individu yang paling gembira kalau GST dikembalikan. Saya cadangkan agar cadangan kembalikan GST perlu diteliti kerajaan.

“Saya yakin bahawa 170 negara yang laksanakan GST tidak silap, 88 peratus negara dalam dunia yang laksana GST tidak silap. GST tidak silap. Yang silap bila laksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kerana SST adalah cukai kuno dan tidak telus,” katanya kepada Mynewshub.

Jelasnya lagi, jika sistem GST dilaksanakan semula, kadar yang paling sesuai adalah lima peratus.

“Kalau tiga peratus terlalu rendah, mungkin boleh turun ke lima peratus. Kalau tidak, kerajaan tidak akan mendapat pendapatan sewajarnya. Pendapatan itu boleh digunakan untuk kebajikan rakyat,” katanya.

Untuk rekod, GST pada kadar enam peratus pernah dilaksanakan sejak 1 April 2015 namun dimansuhkan pada 1 September 2018 dan digantikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?