Kucing ialah haiwan yang manja dan comel yang membuatkan ia disayangi oleh manusia. Kita tidak sampai hati untuk membiarkan kucing ditimpa musibah apatah lagi melihat ia cedera. Semalam satu insiden mengenai kucing gempar di laman sosial Twitter yang dikongsi oleh salah seorang pengguna laman sosial tersebut.

BACA: Demi Kuih Raya, Fluffy ‘Beraya’ Di Kampung

 

Video berdurasi selama 1:06 saat itu dikongsi oleh pengguna laman sosial dikenali sebagai @DenaBahrin menunjukkan aksi seorang pegawai bomba sedang berusaha menyelamatkan seekor kucing di Melawati Mall, Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Kucing tersebut dipercayai tersesat di dalam bangunan membeli belah itu terperangkap di bahagian tinggi yang sukar dicapai membuatkan kes tersebut diserahkan kepada pihak bomba.

Pada mulanya, kucing tersebut cuba melarikan diri kerana kelihatan takut dengan kehadiran bomba hingga menyebabkan dia hampir tergelincir dan akhirnya terjatuh.

Walaupun terjatuh, kucing itu terselamat kerana pihak bomba telah bersiap sedia di bahagian bawah jika perkara tidak diingini berlaku.

Agak menakutkan apabila melihat kucing itu melayang jatuh ke bawah, namun lega apabila ia disambut dengan selamat oleh pihak bomba.

Diharap orang awam sentiasa mengambil berat mengenai insiden sebegini supaya keselamatan haiwan tidak berdosa ini terjamin kerana itu adalah tanggungjawab kita sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Tom Yam Sampai Tersedak?