Di Indonesia memang banyak nama unik dan pelik-pelik di sana. Sampai kita sendiri tak pernah terfikir ada orang menggunakan nama tersebut.

Terbaru, seorang lelaki Indonesia bernama Kentut, mahu menukar namanya selepas menggunakan nama itu selama 28 tahun. Kentut? Ya, itu nama lelaki tersebut.

BACA: Pencipta Nama Kereta Proton Saga Meninggal Dunia

Minggu lalu, lelaki itu sudah pun menukar nama Kentut kepada Ihsan Hadi selepas menerima kebenaran daripada Mahkamah Tangerang.

Menurut lelaki tersebut, dia mahu menukar namanya kerana tidak tahan apabila anak perempuannya selalu diejek oleh kawan-kawan kerana namanya yang pelik.

“Anak saya selalu menangis dan mengurung diri di dalam bilik kerana malu diejek. Ada satu keitka dia tidak mahu ke sekolah kerana kawan-kawannya memanggil dengan gelaran ‘Kentut.”

Menceritakan kembali asal usul namanya, ibu bapanya memilih nama tersebut secara rambang dan hanya mahu melengkapkan borang pendaftaran kelahiran dan menamakan anak mereka ‘Kentut’.

Lepas ni berhati-hati la pilih nama untuk anak. Tapi kalau di Malaysia, nama moden habis dah macam selebriti.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pencipta Piza Hawaiian Meninggal Dunia
Meninggal Dunia Kerana Nyanyi Lagu Nada Tinggi?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Buttermilk Lambat Datang, Masih Berlagak