Anak Terlalu Kacak Punca Ibu Bapa Bercerai

0
6648

Anak terlalu kacak dan tidak mengikut rupa ibu bapa menjadi persoalan kepada sepasang suami isteri di Beijing, China sehingga mereka bercerai. Persoalan mengenai rupa anaknya juga terjawab setelah mereka mengetahui keputusan ujian DNA yang diminta oleh bekas suami.

BACA: Kisah Sebenar Akak 3 Anak Jual Nasi Lemak Tepi Jalan

Wanita tersebut nyata kecewa setelah mengetahui anak lelaki yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh selama 28 tahun rupa-rupanya bukan anak kandungnya.

Segalanya bermula apabila mereka sentiasa dihujani persoalan mengenai kekacakan wajah anak mereka yang dikatakan terlalu kacak jika dibandingkan dengan mereka.

Berikutan itu, pasangan suami isteri itu bercerai gara-gara anak mereka terlalu kacak. Malah, bekas suaminya turut meminta anak mereka, Wang Ye untuk melakukan ujian DNA sebanyak dua kali.

“(Anak lelaki saya) ada mata yang besar dan hidung yang mancung. Ayahnya tidak kacak dan agak berbeza (dengan anak lelaki),” ujar wanita itu yang dikenali sebagai Zhang kepada Kan Kan News.

Justeru itu, Zhang bersama anaknya memfailkan tindakan undang-undang terhadap hospital di Shanghai kerana mengesyaki anaknya ditukar selepas dia bersalin.

Namun, pihak hospital tidak membuat sebarang kenyataan kepada mereka kerana mereka tidak menemui rekod pada tahun Wang Ye dilahirkan.

Wang Ye dilahirkan pada Februari 1989 di sebuah hospital di Shanghai dan kini mereka sedang berusaha menjejaki ibu bapa kandung lelaki itu walaupun tidak mempunyai sebarang maklumat mengenainya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

15 Ketul Nugget Dalam Masa 60 Saat?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here