Ingatkan MRT (Mass Rapid Transit) dibina hanya untuk memudahkan rakyat Malaysia bergerak, rupanya ada ‘benda’ lain juga yang berminat nak menggunakan sistem pengangkutan berkelas dunia ini.

BACA: Baru Beroperasi Dinding MRT Diconteng & Dicalar

Semalam, laman Facebook ‘Rapid KL’ memuat naik dua keping gambar memaparkan patung Annabelle – patung ikonik sebuah filem seram – yang sedang menaiki MRT sebelum ditinggalkan di atas mesin pengimbas tiket di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC.

“Pelanggan dihormati, kebelakangan ini kami menerima kunjungan mengejut daripada Annabelle. Jaga tingkah laku anda semasa di dalam tren atau dia mungkin akan menghantui anda selama-lamanya,” kata pihak Rapid KL.

Gambar tersebut serta merta mendapat perhatian warga sosial.

“Annabelle bayar tiket tak?,” kata Aaron Benjamin.

Sementara Wong Shet Mooi berkata:”Mati aku kalau terserempak dengan benda ni di stesen KLCC.”

Muhammad Musaidyad turut sempat memberi amaran:”Jaga adab masa naik tren sebab ada yang memerhati.”

Mungkin kerana bersifat ingin tahu, Annabelle dilihat seakan-akan menaiki MRT dengan sendirinya. Tak dapat nak bayangkan perasaan pengguna MRT yang ‘terserempak’ dengan patung ini. Agaknya dia puas hati tak dengan sistem pengangkutan awam terbaru Malaysia?

Jangan lupa ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan Burger Nasi Lemak di Singapore