Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan terlibat dalam kemalangan tengah hari tadi semasa menaiki kenderaan Jabatan Penjara dari Hospital Kuala Lumpur menuju ke Sungai Buloh. Kemalangan itu berlaku di persimpangan trafik berdekatan Saujana Utama, Sungai Buloh.

BACA: Rugi Berjuta, Petani Bakar Harumanis

Menurut peguam Anwar, R Sivarasa menjelaskan Anwar tidak mengalami kecederaan serius selepas kejadian itu dan perjalanan diteruskan untuk menghantarnya ke Penjara Sungai Buloh.

“Kenderaan yang dipandu pegawai penjara telah menekan brek untuk mengelak kereta yang datang dari arah bertentangan, dan mengakibatkan kereta pengiring melanggar kereta di hadapan,” jelasnya.

“Kereta yang membawa Anwar telah mengalami kerosakan di bahagian belakang kereta. Syukur Anwar tidak mengalami sebarang kecederaan serius, tetapi agak terkejut dan telah diberikan ubat tahan sakit selepas dirawat doktor di Penjara Sungai Buloh,” katanya.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. S. Jeyaindran dikatakan berjumpa Anwar pada petang tadi dan akan menentukan jika dia perlu sebarang rawatan lanjut atau tidak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Jadi Bila Makanan Dipotong Dua!
Bantal Bentuk Makanan Boleh Bikin Lapar

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Vitdaily Terjah Johara Pagi Era & Rasa Burger Bihun Johan