Jika di negara kita bebas untuk menutup aurat mahupun berhijab ketika bersukan namun berbeza pula di negara US dan negara-negara Eropah lain.

Malah, Islamophobia sesuatu yang baru dan ramai mereka yang beragama Islam di negara tersebut dilarang untuk berhijab.

BACA: Gadis Cina Suka Berhijab Jadi Perhatian, Akui Tenang Bila Tutup Rambut

Baru-baru ini, tular mengenai seorang gadis berusia 16 tahun yang merupakan pelajar di The Bounty Collegium di Ohio, US yang menyertai satu acara larian. Malah, gadis tersebut mencatat masa terpantas dalam acara larian 5 kilometer itu.

Cross country student athlete disqualified because of her HIJAB. Noor Alexandria AbukaramMy 16 year old cousin Noor…

โพสต์โดย Zobaida S Falah เมื่อ วันพุธที่ 23 ตุลาคม 2019

Bagaimanapun, penyertaan gadis itu dibatalkan gara-gara memakai hijab. Gadis tersebut menamatkan larian tanpa sebarang masalah, malah dia dan rakan-rakannya diperiksa pemakaian sebelum larian dimulakan.

“Hijab adalah sebahagian daripada saya. Mereka beritahu saya untuk berlari tanpa memakai hijab, ia sebenanrya memberitahu saya supaya jangan berlari,” jelas gadis tersebut.

Kata gadis itu lagi, seorang rakan perempuannya diberitahu supaya menukar seluar pendek kerana tidak bersesuaian sebelum pertandingan, tetapi tiada siapa yang memaklumkan kepadanya mengenai hijab yang dipakai.

“Kenapa mereka tidak memberitahu saya bahawa pakaian ini satu pencabulan seperti merkea memberitahu kepada rakan perempuan dalam pasukan? Kenapa mereka tidak menghormati saya seperti orang lain,” ujarnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?