Kita sering mencari Panadol ketika demam atau sakit kepala. Jika pergi ke klinik juga kebanyakannya akan memberikan ubat yang sama atau jenis lain tetapi kedua-duanya tetap dapat mengurangkan kesakitan.

Namun, ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan dengan mencari ‘jalan pintas’ untuk mendapat duit yang banyak dengan menjual Panadol ‘Ajaib’.

BACA: “Petai Tak Boleh Pulih Sakit Kronik”

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Fazlina Norani, mendedahkan kejadian yang berlaku terhadap kedua ibu bapanya ketika dia tiada di rumah di status akaun miliknya.

“Dia cakap ubat ni mujarab. Makan seminggu sekali je. Dia cakap rupanya memang macam Panadol,” luah Fazlina di laman sosial.

Tambahan pula, ibu bapanya membayar kepada lelaki tersebut RM150 untuk lima biji ubat tersebut. Malah, lelaki tersebut mengatakan bahawa ubat ‘mujarab’ itu dibeli di Kuala Lumpur.

“Lepas orang tu balik baru mak tengok ubatnya. And you know what? Memang tu Panadol. Siap ada tulisan PANADOL. Sah kena tipu,” katanya.

Dia berasa berang setelah mengetahui ibu bapanya ditipu oleh lelaki tidak dikenali itu. Namun, dia turut berasa bersyukur kerana ibu bapanya tidak diapa-apakan jika lelaki itu berniat jahat kepada orang tuanya.

Selain itu, Fazlina turut menasihatkan orang ramai terutama yang mempunyai ibu bapa yang sakit supaya tidak membenarkan orang luar memasuki rumah untuk mengelakkan daripada ditipu oleh orang sebegini.

Kesimpulannya, kita jangan terlalu mudah mempercayai orang tidak dikenali walaupun mereka kelihatan baik dan peramah.

Tidak salah untuk kita berwaspada untuk keselamatan diri sendiri kerana terlalu banyak kes jenayah yang berlaku di negara ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Makan Beriyani Kambing Kat Sini Sampai Jilat Jari!