Boleh dikatakan ramai pelancong tidak kira dari Malaysia atau dari luar negara memilih Bali, Indonesia sebagai tempat percutian pilihan. Lebih dikenali sebagai Pulau Cinta, Bali sememangnya mempunyai pemandangan yang memukau jiwa sehinggakan ia dianggap sebagai syurga dunia.

Namun, tidak lama lagi Bali akan mengenakan cukai pelancong berjumlah AS$10 (RM41) ke atas pengunjung dari negara luar untuk membiayai program pemuliharaan alam sekitar dan budaya.

BACA: Bayar Cukai ‘Sayonara’ Setiap Kali Keluar Dari Jepun

Kerajaan sudah pun merangka undang-undang untuk menguatkuasakan langkah tersebut dan penggubal undang-undang masih memperincikan kaedah mengutip cukai tersebut sama ada untuk menambah caj pada harga tiket penrbangan atau mengutip bayaran itu di lapangan terbang. Bagaimanapun, pelancong domestik terkecuali daripada cukai tersebut.

Foto: Jakarta Post

Untuk pengetahuan anda, bulan lalu, Bali mengharamkan penggunaan plastik dalam usaha mengurangkan sehingga 70 peratus sisa plastik di persekitaran marin pulau berkenaan dalam tempoh setahun.

Pada tahun 2017, Bali menerima sejumlah 5.7 juta pelancong asing yang kebanyakannya dari China dan Australia. Perangkaan pada 2018 pula dijangka melepasi 6 juta.

ARTIKEL BERKAITAN:
Makanan Hospital Di Jepun Mungkin Yang Terbaik Di Dunia
“Hamburger Straw” Popular Di Jepun

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sedut Telur Di Kelantan