Setiap kali pembukaan cawangan baru gedung perabot IKEA, pasti akan sesak dengan orang ramai. Ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan barangan IKEA dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati bebola daging mereka yang sangat popular.

Malah ramai yang tidak akan melepaskan peluang untuk melihat showroom yang disediakan sebagai inspirasi untuk menghias rumah mereka.

BACA: Meatball Didakwa Tidak Halal, IKEA Jelaskan Perkara Sebenar

Melihatkan pada gambar yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook mengenai keadaan showroom IKEA Batu Kawan, Pulau Pinang, selepas dua minggu dibuka, ternyata mentaliti para pengunjung masih berada di tahap kelas ketiga.

Tiada salahnya jika ingin cuba untuk duduk di atas katil atau sofa, tetapi seeloknya betulkan semula selepas habis mencuba. Lebih mengejutkan ada yang bertidak menconteng perabot, malah ada cermin yang pecah.

Sebelum ini ada pengunjung sanggup memanjat rak semata-mata untuk bergambar. Kali ini lain pula ceritanya. Tertanya-tanya juga, ini IKEA Penang ke, dah macam di China pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥