Masih bergelut dengan Coronavirus, China dilaporkan dilanda wabak terbaharu iaitu selesema burung H5N1 pula. Pengumuman itu dibuat oleh Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri semalam.

Menurut kementerian itu lagi, wabak itu berlaku di sebuah ladang di daerah Shuangqing di bandar Shaoyang melibatkan 7,850 ekor ayam di mana 4,500 diantaranya telah mati akibat wabak tersebut.

BACA: Bintang Di Bendera Diubah Jadi Coronavirus Cetuskan Kemarahan China

Difahamkan, pihak berkuasa telah memusnahkan sekurang-kurangnya 17,828 ekor ayam berikutan wabak itu.

Setakat ini, tiada laporan yang menunjukkan wabak ini sudah mula menular kepada manusia.

Dalam pada itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata H5N1 mampu menular kepada manusia melalui hubungan dekat dengan burung yang terkena dengan wabak tersebut.

“Virus ini tidak menjangkiti manusia dengan mudah. Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada orang melalui makanan yang disiapkan dengan baik dan teliti,” menurut WHO.

Terdahulu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan kecemasan peringkat antarabangsa dan lebih panik apabila jumlah kematian meningkat kepada 304 orang dicatatkan hari ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Inikah Kedai Tanpa Manusia Pertama Di Malaysia?