Kebiasaannya di warung atau kedai makan, teh O panas akan dijual dengan harga RM1 secawan namun berlainan dengan sebuah warung yang terletak di Wakaf Tembesu, Gong Badak, Terengganu kerana masih mengekalkan harga 20 sen untuk secawan minuman tersebut.

BACA: Resepi Ayam Spicy Korean Hanis Zalikha Viral!

Beroperasi lebih 20 tahun, Warung Pok Hassan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk bersarapan kerana selama itu harga minuman teh O panas tidak pernah dinaikkan.

Terkini warung tersebut diteruskan oleh anak Allahyarham Pak Hassan, Mohd Ridhuan Hassan yang masih ingin meneruskan tradisi ayahnya itu.

Gambar: Facebook Warong Pok Hassan

“Teh o panas di sini kekal 20 sen secawan sampai bila-bila, itu amanat arwah ayah.

“Harga kuih-muih di sini 30 hingga 40 sen, selain ada nasi lemak, nasi minyak, mi goreng dan pulut yang tidak mahal harganya,” ujarnya ketika ditemui Mstar.

Mohd Ridhuan turut memberitahu bahawa ayahnya yang meninggal pada tahun 2006 pernah merancang untuk menurunkan harga teh O panas kepada 15 sen sahaja secawan namun perancangan itu tidak diteruskna kerana memikirkan masalah pengiraan dan baki syiling lima sen.

Warung tersebut turut menyajikan makanan tengahari yang berupa nasi campur dengan harga yang sangat berpatutan.

Gambar: Facebook Warong Pok Hassan

Malah kari kepala ikan tenggiri dan ikan merah dijual dengan harga serendah RM8 sahaja.

Mengakui turut terkesan dengan kenaikan harga barang mentah, namun Mohd Ridhuan tidak merancang untuk menaikkan harga makanan di warungnya itu kerana memikirkan pelanggan yang biasa berkunjung ke sini.

“Kesian juga kepada pelanggan kalau naikkan harga sebab ramai pelanggan tetap selalu datang makan di sini kerana harganya murah…tak apalah buat masa ini harganya kekal berpatutan,” katanya.

VIDEO: Melantak Teruk Di Keuken No.8 | Bandung Part 02

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram