Baru-baru ini kecoh seketika apabila nugget ayam McD dikatakan boleh dibeli secara atas talian daripada peniaga online.

Penjualan secara terbuka itu mendapat perhatian McDonald’s Malaysia dan pihak mereka kini tampil mahu memberi kenyataan rasmi berhubung isu ini.

BACA: Kentang McD Boleh Merawat Masalah Botak Kepala?

Ia bermula apabila seorang peniaga dalam laman sosial Facebook menjual nugget ayam McD sebanyak RM25 sepaket dan mendakwa ianya nugget ayam McD asli bukannya homemade atau ‘copy McD’.

Menurut gambar tersebut, peniaga tersebut mengakui mengambil stok makanan daripada pembekal rasmi rangkaian restoran makanan segera itu iaitu MacFood.

Walau bagaimanapun, pihak McDonald’s Malaysia menafikan ia merupakan nugget yang sama dijual oleh McD kepada pelanggan.

“Berdasarkan pembungkusan pek nugget dalam posting Facebook yang disiarkan, kami boleh sahkan bahawa nugget tersebut bukan nugget yang dibuat eksklusif oleh MacFood Services (M) untuk McDonald’s Malaysia,”
jelasnya.

Sumber dari cari.com.my

Malah, pihaknya juga sedang menjalankan siasatan untuk tindakan lanjut manakala pihak MacFood pula menafikan dakwaan peniaga online yang mengatakan nugget tersebut sebagai nugget asli McD kerana pihak mereka hanya mengeluarkan nugget eksklusif kepada McDonald’s sahaja dan tidak dijual kepada pihak lain.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Sebab Kenapa Aiskrim Choco Top McD Jadi Mimpi Ngeri Buat Staf
McD Malaysia Lapor Polis Berhubung Dakwaan Boikot

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pyan Makan Makanan Tak Halal Masa Travel?