Selesai sudah Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung semalam. Rata-rata rakyat Malaysia teruja kongsikan momen dan foto selesai mengundi di media sosial masing-masing.

Namun, satu gambar yang dikongsikan di media sosial ini mencuri perhatian ramai dan menjadi buah mulut netizen.

BACA: Wajib Baca Ini Sebelum Mengundi Esok

Umum mengetahui, salah satu peraturan mengundi ialah individu tidak dibenarkan untuk memakai pakaian yang tertera nama calon atau logo mana-mana parti.

Menerusi gambar tersebut, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat memakai baju 1 Malaysia yang tertera namanya sendiri.

Kalau ikutkan isu ini bukan perkara main-main. Undang-undang tersebut termaktub di dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 2954, di mana ada menyebut,

“Dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan dalam tempat mengundi, memakai, memegang atau membawa apa-apa bentuk atau jenis pakaian, botol air atau payung yang padanya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.”

Antara isu lain yang menjadi perhatian netizen ialah apabila PM Najib dilihat mengambil gambar di dalam tempat dan dikatakan ‘hampir’ membuang undi DUN ke dalam kotak yang salah?

Selepas foto itu dikecam teruk, posting tersebut dikatakan telah dipadam dari Facebook rasmi milik beliau.

Rata-rata rakyat Malaysia yang melihat gambar tersebut meluahkan rasa tidak puas hati kerana isu double standard yang ditunjukkan.

“Peraturan adalah peraturan, lepas tu boleh langgar je sesuka hati? Tak ada siapa lakukan sesuatu ke tentang ini?” kata seorang netizen.

“Boleh ke ambil gambar ketika mengundi?” kata seorang lagi pengguna Facebook.

Diharap kita dapat penjelasan tentang isu ini nanti dan diharap netizen tidak membuat spekulasi sendiri.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kaum Bapa Cuti 10 Hari Jika BN Menang PRU
Mak Nyah Masih Layak Mengundi Untuk PRU14

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka