Tinggal dua hari sahaja lagi umar Islam akan menyambut Hari Raya, keluarga ini terpaksa menaggung kehilangan seorang anak yang pergi untuk selama-selamanya secara tiba-tiba.

Kana-kanak dan gajet memang tidak dapat dipisahkan, tapi disebabkan telefon seorang kanak-kanak berusia 4 tahun maut terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon dalam keadaan basah selepas mandi.

BACA: Bapa Maut Dikapak Anak Kerana Terpijak iPhone

Menerusi Facebook, ibu saudaranya arwah berkongsikan cerita bagaimana anak sepupunya menemui ajal kerana telefon. Diharap perkongsian ini dapat dijadikan ikhtibar buat ibu bapa diluar sana yang mempunyai anak kecil.

PERINGATAN buat semua ibu bapa yang ada anak kecil.. Saya dikejutkan dengan berita pemergian anak sepupu pada 2/6/2019 sedangkan semua sedang sibuk dengan persiapan hari raya yang bakal tiba 2,3 hari lagi..

Arwah sangat gemar main telefon.. Pada zaman sekarang boleh dikatakan 90% kanak-kanak tiada yang tak pandai main telefon..

Arwah baru lepas dimandikan oleh bapanya.. Selepas keluar tandas, bapa cakap tunggu sekejap nanti papa siap kan.. Si bapa masuk tandas untuk ambilkan kain tuala.

Selang berapa minit bunyi ada bnda jatuh. Si bapa buka pintu tengok si anak dah terkaku dengan badan kebiruan terus capai kain dan tarik si anak..

Tapi apakan daya tuhan dah atur semua.. Sudah takdir ajal maut sudah tertulis.. Si anak dengan tubuh basah terus pegang telefon yang sedang cas..

Kita tak tahu, kita tak nampak bahaya ada sekeliling kita.. arwah meningal sebab kena kejutan eletrik pada telefon..

Al-Fatihah buat Nur Fadila, 4 tahun.
Damai lah di sana wahai anak syurga..

Ini bukan kali pertama insiden maut melibatkan penggunaan telefon bimbit yang sedang dicas. Namun, masih ramai yang mengambil sikap acuh tak acuh mengenai perkara ini.

Sempena raya ni, pasti ramai ibu bapa yang akan sibuk di dapur. Jadi pastikan anak tidak terlalu asyik dengan gajet. Jangan nanti perkara dah jadi baru nak sedar semuanya sudah terlambat.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥