Selalu kalau beli sayur mungkin boleh bertahan selama 2 hingga 3 hari saja, kemudian sayur-sayur tersebut akan layu. Kalau dah beli banyak-banyak tak akan nak habiskan semua hari ini.

Ramai diantara anda pasti tertanya-tanya bagaimana caranya untuk pastikan sayur yang disimpan tahan lebih lama? Dikongsikan oleh Rozlyn Farah Diana, lepas ini sayur di rumah akan kekal segar dan pasti tidak akan layu walaupun lebih seminggu.

BACA: Ini Cara Beli Barang Basah RM200 Tahan Sebulan

Macam-mana nak simpan sayur untuk bagi tahan lama?

Ye la sayur ni kan kalau kita beli lepas tu letak dalam peti ais tahan dalam 2-3 hari je lepas mula la jadi layu di tasik madu gituu. Huhu. Disebabkan sekarang ni kak kiah tengah acah-acah diet so memang nak kena makan sayur banyakk banyak. Takkan nak beli sikit-sikit? Tak kuasa kak kiah nak ulang alik sokmo pergi kedai tu. So kak kiah google cara simpan sayur untuk tahan lama.

1. Potong sayur kecil-kecil

Sebelum nak simpan sayur, potongkan sayur kecil-kecil. Saya tak basuh sayurnya. Nak guna baru basuh.

2. Gunakan bekas kedap udara

Lepas tu ambil bekas kedap udara. Tak kisahlah jenama tipuware ke apa ke, kak kiah bedal je mana yang ada di rumah.

3. Lapikkan bekas dengan tisu

Dah ada bekas kedap udara korang, boleh lapik tisu di dalam bekas tersebut kemudian isi sayur yang dah dipotong tadi. Kemudian letak satu lagi lapisan tisu di bahagian paling atas sayur tersebut. Tisu itu tujuannya untuk menyerap wap-wap air yang akan muncul nanti.

Selepas seminggu, beginilah rupa sayur yang saya dah simpan. Brokoli, sawi, salad, kobis, semuanya masih segar lagi. Nampak macam yang baru dibeli!

Lepas ni mak-mak semua tak perlu pergi ke pasar selalu untuk beli sayur. Tak perlu bazir duit beli sayur lepas tu biarkan sayur terus layu macam tu je. Dalam masa sama boleh jimat minyak kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Ini Identiti Sebenar Gadis Manja Yang Lapar
Kisah ‘Makcik Telekung’ Di Majlis Kahwin

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥