Baru-baru ini tular di media sosial gambar seorang individu memakai maskot Doraemon duduk termenung di pantai Teluk Cempedak, Kuantan. Penularan gambar tersebut, ada segelintir netizen menjadikannya bahan ketawa.

Ada yang merasakan gambar tersebut melucukan, namun selepas mengetahui hal sebenar, ramai yang tersentuh hati apabila wanita berusia 56 tahun yang berada di sebalik maskot tersebut.

BACA: Anak Cari Ibu & Ini Kisah Pertemuan Mereka

Memetik laporan Harian Metro, wanita tersebut, Siti Endon Ismail, 56 tahun gigih menghiburkan pengunjung terutama di pantai Teluk Cempedak dengan memakai pelbagai maskot.

Ujarnya dia tidak malu memakai maskot dan tidak kisah terpaksa berpanas semata-mata untuk mencari rezeki bukan sahaja untuk dirinya, tetapi untuk 50 ekor kucing peliharaannya.

“Mak cik tidak malu memakai maskot walaupun berpeluh terutama hari panas.

“Cari rezeki dengan cara ini bukan hanya untuk diri tetapi juga untuk 50 ekor kucing yang mak cik bela di rumah,” katanya.

Biarpun usianya sudah mencecah separuh abad, namun ia tidak menjadi alasan dengan hanya duduk diam dan mengharapkan bantuan semata-mata. Ujarnya lagi, dia masih mempunyai kudrat untuk mencari pendapatan.

“Mak cik tidak malu memakai maskot dan tetap berjalan di sekitar kawasan ini untuk mencari pengunjung yang mahu bergambar.

“Mak cik tidak menetapkan sebarang bayaran tertentu jika orang mahu bergambar sebaliknya terpulang kepada mereka menyumbang seikhlas hati,” katanya.

Siti yang tinggal sendirian, sudah melakukan pekerjaan itu sejak tiga tahun lalu dan hasilnya digunakan untuk menyara kehidupannya dan membeli makanan kucing.

“Jika mak cik tak bekerja bagaimana mahu membeli makanan mereka.

“Mak cik sendirian di sini (Kuantan) anak-anak semua tinggal dengan bekas suami, hanya kucing inilah yang menjadi peneman mak cik..sebab itu mak cik pastikan kebajikan mereka terjaga,” katanya.

Menurutnya lagi, hasil yang diperoleh hasil pekerjaan itu kira-kira RM30 sehari. Adakalanya, dia diupah untuk menghiburkan tetamu di restoran makanan segera atau di majlis tertentu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Roti Bakar Wajib Terjah Kalau Datang Pulau Pinang! 😱😱😱