Pernah tak anda mengalami situasi dimana kotak parking kosong, namun ada individu menunggu atau berdiri untuk menjaga parking tersebut. Sebelum ini ada beberapa video viral dikongsikan di media sosial tentang ‘perangai buruk’ mereka yang suka ‘cop parking’.

Disebabkan ada individu yang sudah menjaga parking tersebut, kebanyakan dari kita akan berlalu pergi kerana bimbang kenderaan akan dirosakkan jika kita berkeras untuk meletakkan kereta di parking berkenaan.

BACA: Berhati-Hati Parking Di Petaling Jaya Sebab…

Namun tahukah anda sebenarnya ada cara penyelesaian untuk mengajar mereka yang suka sangat ‘cop parking’ jika anda berdepan dengan situasi sebegini.

Portal nasihat guaman, asklegal.my mendedahkan bahawa perbuatan cop petak meletakkan kenderaan merupakan kesalahan JENAYAH dibawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah, berada di atas mana-mana jalan atau di mana-mana tempat letak kereta bagi maksud mendesak mana-mana orang lain berkenaan dengan penjagaan atau pencucian sesuatu kenderaan motor, atau bagi maksud mengarahkan mana-mana pemandu sesuatu kenderaan motor berkenaan dengan meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan.”

Undang-undang ini juga boleh diguna pakai di semua kawasan sama ada ditempat awam mahupun di premis swasta termasuk pusat membeli-belah.

Hukuman bagi pesalah cop parking ditetapkan dibawah Seksyen 119 yang membawa penalti tidak lebih RM2 ribu atau penjara tidak lebih 6 bulan bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan bagi kesalahan seterusnya.

Buat mereka yang suka sangat cop parking tu, pastikan anda bersedia ‘cop penjara’ untuk diri anda juga.

ARTIKEL BERKAITAN:
Dari Stereng Lock, Boleh Jadi Promosi Domino’s Pizza
Mengamuk Sebab Gerai Kena Roboh Sebelum Raya

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Keli Besar Lengan di Nasi Ulam Cikgu!!! 😱 😱 | Kelantan Part 2