Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memakan sayur Romaine lettuce dari Amerika Syarikat (AS), berikutan laporan ia dicemari bakteria patogenik Escherichia coli (E.coli).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kementerian mengambil maklum artikel bertajuk “Romaine lettuce is not safe to eat, CDC warns US consumers” yang disiarkan The Washington Post pada 20 November lalu.

BACA: Jangan Sesekali Makan Bahagian ‘Bersih’ Pada Roti Berkulat

“Berdasarkan maklumat menerusi Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM), Malaysia ada mengimport sayur Romaine lettuce dari AS.

“Berikutan itu, berkuatkuasa 23 November 2018, pihak kementerian telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ‘Tahan, Uji dan Lepas’ (TUL) terhadap sayur Romaine lettuce yang diimport,” katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Bakteria E.coli boleh menyebabkan kematian

Dalam pada itu, KKM memberi arahan kepada pengusaha yang menjual sayur berkenaan untuk menarik balik penjualan mereka serta merta. Ketika ini, kementerian sedang memantau kes E.coli di Malaysia dan sehingga kini tiada kes baharu dilaporkan.

Untuk pengetahuan, E.coli adalah sejenis bakteria yang menyebabkan keracunan makanan serius sehingga boleh menyebabkan kematian. Antara tanda-tanda keracunan E.coli adalah berasa loya yang teruk, cirit birit, sakit perut, muntah, pening.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥