Pasti ramai tahu mengenai keadaan jerebu yang semakin buruk di Selatan Sumatera, Indonesia. Susulan jerebu teruk itu, dua orang termasuk bayi berusia empat bulan dilaporkan maut.

Memetik laporan Kompas, bayi kepada pasangan petani di kampung Talang Bulu, wilayah Banyuasin itu meninggal dunia kelmarin di Hospital Ar-Rashid, Palembang akibat mengalami masalah pernafasan teruk.

BACA: “Jerebu Malaysia Bukan Datang Dari Indonesia” – Menteri

Manakala satu lagi kes kematian melibatkan seorang lelaki berusia 59 tahun yang tinggal di Pekanbaru maut di ladangnya yang diselubungi asap tebal pada 25 Ogos lalu.

Foto: Tribun News

Dalam pada itu, terdapat beberapa laporan membabitkan wanita hamil di kawasan terpencil di tengah Kalimantan yang mengalami kesukaran ketika cuba dipindahkan ke tempat selamat.

Hari ini, Sri Aman, Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 367 iaitu tahap bahaya hari ini berikutan kedudukannya yang berhampiran dengan sempadan Kalimantan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Goreng Cili Padi