Ramai orang yang berbadan besar di luar sana kurang berkeyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat. Ini kerana ada di antara kita yang suka merendah-rendahkan orang lain dengan mengejek kekurangan mereka.

Ada yang bangkit dan berazam untuk kurus secara sihat kerana ingin mengubah persepsi orang lain seperti gadis ini yang berjaya mengurangkan berat badannya.

BACA: Kevin Zahri Kongsi Tips Berkesan Nampak Kurus Dalam Gambar

Sumber dari karyahati.com

Seorang gadis muda, Nik Yam Chik Zainab, pernah memiliki badan yang agak besar telah berjaya mengurangkan berat badan melalui diet yang seimbang dilakukannya.

Sumber dari karyahati.com

Dia menceritakan pengalamannya mengenali seorang jejaka melalui laman sosial Facebook dahulu semasa dia masih berbadan besar. Ketika mereka berjumpa, lelaki itu datang bersama rakan-rakannya serta mentertawakannya setelah melihat bentuk fizikalnya yang agak gempal.

Sumber dari Fb Nik Yam Chik Zainab

Malah, lelaki itu dengan sengaja menghantar mesej kepadanya dan menggelarnya badak. Namun, kini Nik Yam kelihatan begitu cantik dan langsing setelah mengamalkan diet yang berterusan.

Sumber dari Fb Nik Yam Chik Zainab

Selain itu, Nik Yam turut berkongsi menu diet serta resepi kepada sesiapa yang ingin mengikuti dietnya itu. Dia memberi menu diet selama seminggu yang boleh diikuti oleh semua orang yang berazam ingin kurus secara sihat.

Sumber dari Fb Nik Yam Chik Zainab

Menu yang dikongsi amat mudah untuk diikuti serta bahan-bahan untuk menyediakan juga senang didapati di pasaraya berdekatan rumah. Anda boleh lihat Menu Diet Minggu Pertama untuk maklumat lanjut mengenai menu, tips dan resepi makanan sihat diamalkan oleh Nik Yam.

Sumber dari Fb Nik Yam Chik Zainab

Hasil setelah mengikuti diet-diet tersebut, kini dia telah berjaya mendapatkan bentuk badan ideal. Lihat sahaja gambar-gambar terbarunya yang akan membuatkan anda terkejut.

Sumber dari Fb Nik Yam Chik Zainab

Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Musim raya pun sudah lama berlalu jadi ini masa yang sesuai untuk kembali mengamalkan gaya hidup sihat demi untuk menyingkirkan lemak-lemak hasil dari makan rendang, lemang, ketupat dan sebagainya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Yang Best Di Sungai Petani?