Dengan zaman ekonomi tidak menentu, bukan mudah untuk mencari pekerjaan. Lihat sahaja di luar sana ramai graduan berpendidikan tinggi sukar untuk mencari pekerjaaan.

Bagaimanapun, gagal dalam Siji Pelajaran Malaysia (SPM) tidak bermakna masa depan seseorang itu juga gelap. Seperti tiga anak muda ini, meskipun gagal dalam SPM namun mereka bijak merebut peluang.

BACA: Gaji Minimun Naik RM1,200 Tetapi Untuk Wilayah Bandar Utama

Merupakan lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Timur, Muhamad Badiuzaman Ya abu Bakar, 33, Mohd Faizal Ismail, 35 dan Muhamamd Qamarul Auji Amran, 32, kini berjaya dalam bidang masing-masing.

Lebih mengejutkan, mereka memperoleh pendapatan lumayan antara RM15,000 hingga RM19,000 sebulan sebagai pelatih kemahiran dalam bidang kimpalan dan jururegah . Mereka juga dilantik sebagai ikon Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Muhammad Badiuzaman berasal dari Kampung Ibok, Kemaman berkata, dia mengambil kursus kimpalan selama dua bulan di ABM pada tahun 2003 selepas melihat arwah abangnya, Muhamad Hasbiallah yang bekerja sebagai jurukimpal mendapat gaji tinggi.

Berjaya menubuhkan syarikat kimpalan, perpaipan dan fabrikasi di Kemaman, Muhammad Qamarul Auji, dari Kuala Terengganu kini mampu berbangga dengan pencaiapannya. Malah, dia kini menggaji lebih 80 pekerja yang majoritinya lepasan bidang kemahiran.

Mohd Faizal yang juga bekerja di Arab Saudi dan pernah memperoleh pendapatan lebih RM20,000 sebulan berkata, bidang kemahiran membuka dimensi baharu selepas gagal meraih keputusan cemerlang dalam SPM.

Menurut mereka lagi, kursus Sijil Kimpalan di ABM mengubah hidup mereka dan anak-anak muda yang tidak memperoleh keputusan baik dalam pendidikan harus mengambil peluang ceburkan diri dalam bidang kemahiran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Gula Kapas Terapung, Pizza Rendang Laku Keras Di Kafe Ini