Niat ingin mencari rezeki dan pendapatan yang lebih, pasangan suami ini, Aizat Zulhailie Abu Bakar dan Haizatul Azra mempunyai pengalaman yang terpaksa menunda majlis perkahwinan mereka semata-mata ingin memulakan perniagaan makanan.

BACA: Selain Ayam, KFC China Turut Jual Smartphone

Sebelum ini kedua-dua mereka bekerja di sebuah hotel sebagai penyambut tetamu dan pembantu dapur namun kedua-dua mereka nekad berhenti kerja dan menggunakan wang simpanan mereka berjumlah RM8,000 sebagai modal perniagaan.

Gambar: marina inn – blogger

“Apabila memikirkan selepas majlis pasti tiada simpanan membuatkan kami bercadang untuk berniaga bersama terlebih dulu.

“Hasil kata sepakat, kami membelanjakan duit untuk membeli van terpakai dengan tiga kali ansuran dan membeli barangan basah untuk menjual ayam goreng, burger dan bebola ikan di pasar malam Port Dickson dan Seremban,” ujar Aizat ketika ditemui Harian Metro.

Aizat turut berkongsi cerita bahawa pelbagai cabaran telah dia dan isteri harungi untuk berjaya seperti sekarang sehinggkan pernah mendapat pendapatan sebanyak RM20 sahaja dalam masa sehari.

Namun berkat rezeki Allah dan hasil kerja keras suami isteri ini, kini mereka mampu tersenyum apabila perniagaan King’s Char Kuey Teow yang dibuka di Port Dickson semakin maju.

“Alhamdulillah, selepas berkahwin pada Jun 2009. rezeki kami bertambah apabila menjual King’s Char Kuey Teow selepas seorang kenalan menawarkan tanah ayahnya untuk kami berniaga pada April 2011,” katanya.

Kini mereka mampu meraih pendapatan mencecah lima angka dalam masa sehari dan King’s Char Kuey Teow mempunyai 100 meja, 400 kerusi dan 26 kakitangan yang mampu menampung seramai 450 pengunjung.

VIDEO: Lepas Makan Mee Kari, Kita Petik Strawberry 😍 😍 😍

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram