Berita baik untuk para siswazah kadar elaun bagi latihan praktikal di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan akan dinaikkan daripada RM300 sebulan kepada RM900 sebulan.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, perkata itu sudah pun diputuskan kerajaan dalam mesyuarat jawatankuasa khas Kabinet anak muda semalam.

BACA: Kerajaan Kaji Perkenal Cukai Baru Untuk Bayar Hutang Negara

Elaun kenaikan itu akan mula berkuat kuasa pada 1 September depan. Dalam mesyuarat tersebut, kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar elaun bagi pelatih praktikal daripada RM1.60 sejam kepada RM5 sejam.

“Ini satu penambahbaikan yang sangat bagus. Sebelum ini daripada tiada bayaran langsung kepada RM15 sehari, dan sekarang kepada kira-kira RM45 sehari,” kata Syed Sadiq.

Dalam pada itu, Syed Saddiq menegaskan pihaknya akan melipat gandakan usaha untuk memberikan yang terbaik buat anak muda di Malaysia.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Datang Hameediyah Kota Damansara Memang Kena Beratur? 😱