Setiap pasangan bercinta pasti mahukan hubungan yang dibina kekal sehingga ke jinjang pelamin. Namun pemuda ini berdepan detik menyedihkan hasrat untuk mengikat tali pertunangan dengan yang insan tersayang tidak kesampaian.

Perkongsiannya tular di Twitter apabila dia ingin memberikan cincin secara percuma berikutan majlis tunangnya dibatalkan.

BACA: Lelaki Putuskan Hubungan Sebab Ibunya Tak Suka Kelantan

Pemuda berkenaan, Muhammad Khairunnaim, 27 berkata hasratnya untuk bertunang pada Oktober ini selepas hubungan cinta terjalin selama enam tahun terputus di tengah jalan berikutan campur tangan keluarga bekas kekasihnya.

Selain didakwa tidak menghormati dirinya dan keluarga terutama ibu bapanya, punca keretakan hubungan mereka juga disebabkan bekas kekasihnya itu tidak sukakan orang Kelantan.

“Adik saya bakal berkahwin dengan gadis pilihannya dari Kelantan. Sejak awal perkenalan kami, bekas kekasih saya memang beritahu dia tak suka orang Kelantan.

“Dia kata perempuan dari Kelantan ni pengotor, lelaki pula gatal. Itu pandangan dia berdasarkan pengalamannya. Dia tak boleh terima hakikat atau berdepan dengan orang Kelantan, lebih-lebih lagi kalau ada dalam keluarga kami.

“Tapi tunang adik saya tu bakal menjadi sebahagian keluarga kami dan dia sepatutnya menghormati dan menerima seadanya,” katanya kepada mStar Online.

Mengakui kecewa hubungan cinta selama enam tahun dibina selama enam tahun berakhir begitu saja, namum dia akur dengan apa yang berlaku.

“Jangan letak harapan dan keyakinan terlalu tinggi dalam percintaan. Kena ada 50-50. Dan apa yang amat penting adalah keserasian, bertolak ansur dan saling memahami.”

Apa pun diharap Khairunnaim akan bertemu jodoh yang lebih baik di masa akan datang. Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan lebih berkuasa menentukan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sambal Ikan Bakar Kat Sini Memang Meriah! 😱😱