Pasti ramai diantara anda tahu tentang masalah obsessive-compulsive disorder atau (OCD). Tapi ramai yang tidak tahu tentang masalah tersebut sehingga ramai yang suka mengaku diri mereka mengalami OCD.

Tahukah anda, jika anda sukakan kesempurnaan tidak bermaksud anda mengalami OCD.

BACA: Layan Isteri Bercakap Boleh Buat Otak Bergeliga!

Obsessive-compulsive disorder (OCD) merupakan masalah mental dimana seseorang individu memiliki perasaan, idea, sensasi, tingkahlaku dan pemikiran yang berulang ulang tanpa di ingini dan tidak terkawal.

Baru-baru ini, Facebook Public Health Malaysia menjelaskan tentang OCD iaitu sejenis masalah mental serius yang memerlukan rawatan.

Malah, turut dikongsikan perbezaan antara OCD dan bukan OCD. Menurut perkongsian tersebut, jika anda membasuh tangan lebih 100 kali setiap hari sehingga tangan menjadi merah dan bengkak itu menandakan anda mempunyai masalah OCD.

Anda perlu memahami perbezaan sama ada anda mengalami masalah OCD atau tidak. Jika anda tidak boleh melihat sesuatu yang tidak teratur itu bukanlah OCD tetapi lebih kepada mementingkan kesempurnaan.

Boleh dikatakan ramai yang salah anggap tentang OCD ini. Tetapi jika anda mengalami masalah OCD adalah lebih baik jika segera dapatkan rawatan.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami
Suami Isteri Hampir Bercerai Kerana Mengigau

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Puas Hati Pekena Lauk Dari Utara Kat Sini!